Perutusan

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

“Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Johor yang memainkan peranan penting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan.”

Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan. Seterusnya ia menjurus dan membantu kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Oleh yang demikian, penyebaran maklumat berkenaan program-program dan skim-skim ini harus dengan berkesan dan mempunyai wawasan yang jauh dan seluas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet.

Usaha pihak pengurusan Yayasan Pelajaran Johor membangunkan laman web ini patut dihargai. Laman web ini merupakan satu medan bagi Yayasan Pelajaran Johor untuk menyebarkan maklumat di samping merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan kita agar hasil usaha ini memberi manfaat kepada orang ramai khasnya para pelajar.

Kita juga berharap agar perkembangan ekonomi bertambah baik kerana ini akan menjadikan Yayasan Pelajaran Johor boleh mempelbagaikan bantuan untuk pembangunan pendidikan dan lebih ramai lagi golongan rakyat yang dapat kita bantu.

Sekian, terima kasih.

Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin

Menteri Besar Johor

Merangkap
Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

” Misi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) adalah untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam usaha-usaha pemberian pinjaman dan biasiswa serta menampung keperluan para pelajar dalam kecemerlangan pembelajaran.“

Oleh itu satu usaha telah dilakukan dengan membangunkan laman web adalah untuk menyampaikan maklumat secara menyeluruh mengenai Yayasan Pelajaran Johor kepada seluruh lapisan masyarakat.

Semenjak penubuhan YPJ melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 telah memberi bantuan pembelajaran untuk kemajuan pendidikan kepada anak bangsa. YPJ juga perlu memberikan maklumat yang tepat, cekap dan berkesan. Maka, dengan adanya laman web ini, maka maklumat tersebut akan diperolehi tidak kira di mana jua tanpa mengira sempadan.

Melalui Piagam Pelanggan YPJ, maka perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra akan diberikan. Maklumat yang cekap, tepat dan mesra amat penting kepada pelanggan agar mereka mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas di samping mengetahui bentuk bantuan dan aktiviti yang ditawarkan untuk mereka. Maka dengan itu, perancangan dan persiapan dapat dibuat untuk kemajuan dan kejayaan dunia pendidikan mereka.

YPJ akan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatannya sejajar dengan visi YPJ untuk menjadi cemerlang dalam membantu pembangunan dunia pendidikan dengan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast