[gtranslate]

Fungsi Pejabat Audit Dalam

  • Objektif

    • Membantu YPJ mempertingkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur-prosedur yang berkuatkuasa.
    • Membantu YPJ menentukan program-program dan aktiviti-aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
    • Menentukan samada sistem perakaunan dan rekod-rekod diselenggara dengan sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh  mendapat maklumat yang tepat dan cepat.
    • Membuat penilaian yang objektif dan analitikal dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam mutu pengurusan ketika menggunakan sumber-sumber seperti wang awam, harta benda dan tenaga kerja.
    • Membantu YPJ dalam meningkatkan kawalan ke atas pengurusan anak-anak syarikat.
  • Fungsi Utama

    • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
    • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
    • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
    • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
    • Melaporkan kepada Pengurus Besar hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
    • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pengurus Besar.
    • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam.
  • Skop Pengauditan

    Jabatan Audit Dalam akan menumpukan kepada program pengauditan yang meliputi aspek berikut:-

    1. Pengauditan Pengurusan Kewangan/Pengurusan

    Pengauditan Pengurusan Kewangan/Pengurusan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan bagi menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Auditan juga meliputi pemeriksaan terhadap pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi memastikan segala prosedur dan arahan dipatuhi.

    Audit Pengurusan yang dijalankan melibatkan 4 skop iaitu:

    a. Pengurusan Kewangan
    b. Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran
    c. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    d. Pengurusan Keselamatan Perlindungan

    2. Pengauditan Prestasi

    Pengauditan Prestasi dilaksanakan bagi menilai pelaksanaan program/aktiviti yang dijalankan di Bahagian sama ada mencapai matlamat yang ditetapkan dengan menggunakan sumber yang ada secara cekap, ekonomi dan berkesan.

    3. Pengauditan ISO

    Ianya bertujuan bagi memantau dan mengukur sama ada organisasi mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah diwujudkan.

    4. Pengauditan Anak-anak Syarikat

    Pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan operasi dan aktiviti syarikat – syarikat YPJ telah dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan dan tujuan penubuhannya dan selaras dengan arahan YPJ.

JABATAN AUDIT DALAM
1. PUAN NOR ZARINA BINTI JASMAN Juruaudit nor.zarina@ypj.gov.my ext 213
2. PUAN FARAHDILA BINTI ABD GHANI Penolong Akauntan farahdila@ypj.gov.my ext 247
3. PUAN LILI NORATIKA BINTI OTHMAN Penolong Akauntan lili.noratika@ypj.gov.my ext 207
4. CIK NOOR AZIFA DURRAH BINTI AZHAR Penolong Akauntan azifa.durrah@ypj.gov.my ext 207
5. ENCIK MUHAMMAD FARIDHUDDIN BIN BAHAHUDDIN PT (P/O)  farid@ypj.gov.my ext 236
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast