Duta Jauhar

“DUTA JAUHAR MENJADI PENERAJU UNGGUL KEUSAHAWANAN
SOSIAL DI NEGERI JOHOR MENJELANG TAHUN 2026 KE ARAH JOHOR BEKEMAJUAN”

Duta Jauhar merupakan inisiatif dari YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Inisiatif ini adalah pengiktirafan besar Kerajaan Negeri Johor kepada golongan mahasiswa yang diyakini boleh bersama-sama menyumbangkan idea kreatif, inovatif dan sumber tenaga bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat dan negeri.

Kumpulan mahasiswa yang berjaya dipilih menyertai program ini akan melaksanakan projek-projek yang berpotensi memberi impak dan manfaat kepada masyarakat di setiap
daerah Negeri Johor yang menjerumus ke arah  keusahawanan Sosial dengan menggunapakai pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Setiap projek perlu menetapkan kumpulan sasaran penerima manfaat seperti pelajar, golongan belia, usahawan IKS, rakyat pendapatan rendah, miskin tegar, masyarakat orang asli, ibu tunggal dan
sebagainya, berdasarkan matlamat dan bidang keberhasilan projek tersebut.

Duta Jauhar telah berjaya dilaksanakan sebanyak 4 Siri sehingga tahun 2017 ini. Seramai 1,590 orang mahasiswa yang telah terlibat secara lansung dalam program Duta Jauhar dan 106 buah projek yang telah berjaya dilaksanakan dari Siri 1.0 hingga Siri 4.0.
Tukar Size Tulisan
Contrast