29 Julai 2020, Pengerang – Pemantauan dan pengauditan ke tanah-tanah milik Yayasan Pelajaran Johor akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah disusun. Lawatan ini bagi memastikan segala projek yang dijalankan adalah mengikut pelaksanaan yang ditetapkan dan juga bertujuan melihat perkembangan pembangunan tanah-tanah tersebut. Lawatan pertama ini adalah tanah di Pengerang, Kota Tinggi berhadapan dengan kawasan laut. Lawatan ini diketuai oleh Tn Hj Nur Faiz bin Jamil, Timbalan Pengurus Besar YPJ bersama Pengurus Kanan dan Pegawai-pegawai anak syarikat YPJ.
#membinainsanberkualiti