[gtranslate]

Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

11 Jun 2020, Johor Bahru – Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly Pejabat Yayasan Pelajaran Johor telah berlangsung pada hari Rabu bertarikh 10 Jun 2020 yang disempurnakan oleh YB Puan Zaiton Binti Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.

Projek Mama Friendly ini adalah bertujuan untuk menyokong dasar penyusuan susu ibu dengan menyediakan bilik penyusuan dalam usaha menggalakkan semua ibu bekerja agar menyusukan anak dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan sehingga anak berumur 2 tahun.

Ia juga untuk memberi kesedaran kepentingan penyusuan susu ibu dan pengwujudan bilik mama friendly ini kepada semua jabatan kerajaan, pihak swasta dan institusi sekolah bagi membentuk persekitaran kekeluargaan yang mesra pekerja dan memudahkan orang awam untuk berurusan di sesebuah pusat pentadbiran.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor dan Puan Nurul Naqiah binti Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT.

#bilikmamafriendly2020

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast