Majlis Amanat Pengurus Besar YPJ 2018

21 Januari 2018, Johor Bahru – Majlis Amanat Pengurus Besar YPJ Tahun 2018 diadakan pada 18 Januari 2018 (Khamis) di Bilik Mesyuarat 1, Yayasan Pelajaran Johor. Semua pegawai dan kakitangan hadir bagi mendengar amanat tahun baharu sempena tahun 2018 yang disampaikan oleh Pengurus Besar YPJ, Tuan Haji Ab. Han bin Ramin.
Dalam ucapan beliau menyentuh tentang 11 Titik Sentuh yang menjadi tanggungjawab YPJ dalam Ucapan Bajet YAB Menteri Besar Johor pada Bajet 2018. Tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab semua pegawai dan kakitangan YPJ untuk menjayakannya.
Majlis ini disudahi dengan penyampaian cenderahati kepada semua pegawai dan kakitangan YPJ.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast