PROGRAM DANA DIDIK JAUHAR KIDS

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi yang berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Jauhar Kids. Untuk makluman, program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2018. Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan Pendidikan.

Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :

a) Ibu DAN bapa adalah Warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada ibu DAN bapa yang lahir di Negeri Johor;
b) Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2018; serta
c) Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

Borang- borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin di hospital utama di Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2018.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke salah satu daripada 20 lokasi berikut iaitu 19 cawangan JPN di Negeri Johor dan Pejabat YPJ di Larkin Johor Bahru, dalam tempoh satu bulan dari tarikh lahir bayi.

 

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
YB DATUK HJ. AYUB RAHMAT
PTPTN Negeri Johor Darul Ta’zim

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast