[gtranslate]

YPJ @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017

15 Oktober 2017, Iskandar Puteri – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ditempatkan di Sektor Berkemahiran sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan selama 9 hari mulai 6 – 14 Oktober 2017 (Jumaat – Sabtu) di Dataran Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Sempena ekspo tersebut, YPJ menawarkan:-
1. Diskaun 50% ke atas baki pinjaman pelajaran;
2. Baucer Buku Percuma kepada Pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan IPT;
3. Permohonan Pembiayaan Latihan  – Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ).

Majlis Perasmian pada 7 Oktober 2017 disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, manakala Majlis Penutup disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 14 Oktober 2017.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast