Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih

27 Ogos 2017, Johor Bahru – Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih diadakan pada 24 Ogos 2017 (Khamis) sempena persaraan Pengurus besar YPJ, Tuan Haji Ab. Wahab bin Ridwan yang mula bersara pada 25 Ogos 2017. Majlis diadakan di Dewan Konvensyen LC Katering, Johor Bahru. Tuan Haji ditemani oleh isteri beliau di majlis tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi YPJ Holdings dan Kumpulan Pendidikan YPJ bagi menghargai jasa Pengurus Besar sepanjang perkhidmatannya di YPJ.

Majlis diserikan oleh persembahan nyayian oleh sekumpulan pegawai dan kakitangan YPJ yang diberi nama Kumpulan Payung Emas. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang dengan perasaan hiba melambai pemergian Tuan Haji & isteri meninggalkan majlis.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast