[gtranslate]

Hari Keluarga YPJ 2017

30 Julai 2017, Subang Jaya – Hari Keluarga YPJ diadakan selama 3 hari mulai 27 – 29 Julai 2017 (Khamis– Sabtu) di Empire Hotel Subang Jaya, Selangor.

Hari Keluarga YPJ ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan YPJ yang dipengerusikan oleh Puan Shahariah binti Haris Ong. 3 buah bas disediakan kepada warga YPJ berserta ahli keluarga dengan tempat berkumpul di Pejabat YPJ.

Hari Keluarga YPJ 2017 ini diserikan dengan Majlis Malam Gala YPJ yang meraikan pekerja cemerlang YPJ yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YPJ bagi tahun 2016. Majlis Malam Gala YPJ ini dengan tema Block Color diadakan pada hari pertama iaitu pada 27 Julai 2017 bermula jam 8.00 mlm.

Manakala hari ke-2, warga YPJ berserta ahli keluarga diberi kebebasan untuk bersukaria di taman tema air Sunway Lagoon Theme Park mulai jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang.

Perjalanan pulang rombongan Hari Keluarga YPJ pada hari ke-3 ini tiba dengan selamat di Pejabat YPJ lebih kurang jam 6.30 petang.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast