[gtranslate]

BIASISWA SULTAN IBRAHIM

Syarat am permohonan

  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

Syarat khusus akademik

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Dokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN)

  1. Salinan Slip permohonan
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
  5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
  6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Penting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan / penghargaan Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian akademik bagi taraf pengajian yang sedang diikuti. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi mebuktikan kecermerlangan akademik di dalam bidang masing-masing.  

Tempoh Tajaan

  • Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
  • Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

 Kadar Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI)

KATEGORI YURAN PENGAJIAN (Sepanjang Pengajian) ELAUN SARA HIDUP (Setahun)
Ijazah sarjana Tidak Melebihi RM 10,000 RM 12,000
Doktor Falsafah Tidak Melebihi RM 24,000 RM 18,000

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast