Pengenalan
Rebat atau pinjaman pemboleh ubah YPJ adalah keistimewaan yang diberikan kepada peminjam YPJ sahaja. Potongan tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam dapat memenuhi syarat-syarat dan Dasar YPJ. Terdapat syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak YPJ :
(a) Pinjaman Sebelum Kurniaan Tahun 2014
Bil | Keputusan | Rebat | Diskaun | Bayaran Balik |
1. | CGPA 3.75 – 4.00 | 90% / Mumtaz | 100% | Tiada |
2. | CGPA 3.50 – 3.74 | 85% | 75% | 25% |
3. | CGPA 3.25 – 3.49 | 80% / Jaid Jiddan |
50% | 50% |
4. | CGPA 3.00 – 3.24 | 75% / Jaid | 25% | 75% |
5. | < 3.00 | ≤ 74% / Maqbul | Tiada | 100% |
*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.
Untuk kelulusan diperingkat Diploma dan Sijil, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut:-
Bil | CGPA | Diskaun | Bayaran Balik |
1. | ≥ 3.75 | 50% | 50% |
2. | 3.25 – 3.74 | 25% | 75% |
3. | ≤ 3.24 | Tiada | 100% |
*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.
(b) Pinjaman Selepas Kurniaan Tahun 2014
i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian)berdasarkan syarat-syarat berikut :
Peringkat Pengajian | Keputusan Layak Rebat | Kadar Layak Rebat | |
1 | Diploma & Ijazah(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja) | Kelas Pertama dan Setaraf (CGPA 3.75 & keatas) |
100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
2 | Diploma (MARSAH) | Mumtaz | 100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
3 | Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MAS | Tiada Pemberian Rebat | Tiada Pemberian Rebat |
ii) Berjaya menamatkan pengajian dialam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; dan
iii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; dan
iv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; dan
v) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; dan
vi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian.