Penjadualan Semula Bayaran Balik

Pengenalan

  1. Hanya diberikan kepada peminjam yang mempunyai TUNGGAKAN bayaran RM1000 ke atas.
  2. Peminjam perlu membuat pembayaran pendahuluan separuh tunggakan atau dengan budi bicara pihak YPJ (Bayaran pendahuluan akan ditolak dari jumlah baki pinjaman).
  3. Peminjam yang dikenakan TINDAKAN SAMAN dan telah ditetapkan tarikh pengurusan kes oleh Mahkamah perlu menghubungi YPJ selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum tarikh pengurusan kes.
  4. Peminjam yang dikenakan TINDAKAN CTOS pula, WAJIB berhubung terus dengan pihak YPJ terlebih dahulu bagi semakan dan tindakan selanjutnya.
  5. Tempoh bagi permohonan jadual semula seterusnya adalah dalam tempoh TIGA (3) tahun.

Cara Memohon

Peminjam perlu membuat perbincangan tentang jumlah bayaran pendahuluan yang perlu dijelaskan terlebih dahulu sebagai syarat permohonan jadual semula. Perbincangan boleh dibuat melalui telefon, emel atau hadir ke YPJ.
Bayaran boleh dibuat secara tunai di kaunter YPJ, Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Berhad atau Online Banking. Rujuk cara bayaran YPJ.

Seterusnya, peminjam perlu membuat permohonan secara bertulis atau memuat turun Borang Permohonan Jadual Semula atau di Ruangan Muat Turun Borang -> Borang Penjadualan Semula. Surat atau borang permohonan tersebut boleh diserahkan melalui serahan tangan, pos atau emelkan ke ypjbayarbalik@gmail.com.

Peminjam boleh juga mendapatkan Borang Permohonan Jadual Semula di kaunter YPJ.
Permohonan hanya akan diproses setelah bayaran pendahuluan telah dijelaskan beserta dengan surat atau borang permohonan jadual semula yang telah lengkap diisi.

Proses

Pihak YPJ akan membuat semakan terlebih dahulu setelah menerima permohonan anda.
Permohonan anda akan diproses 14 Hari waktu bekerja.

Sekiranya layak atau tidak layak, surat pemakluman akan dihantar kepada peminjam.

Surat

Surat akan dipos kepada peminjam beserta cara bayaran balik pinjaman.
Tukar Size Tulisan
Contrast