[gtranslate]

Pengeluaran KWSP

Pengenalan

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran Pendidikan bagi Akaun 2. Pengeluaran tersebut bagi membolehkan peminjam menyelesaikan tunggakan dan baki hutang pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi yang layak sahaja. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP adalah :

Pengajian bertaraf Diploma, Ijazah dan Ijazah Lanjutan sahaja.

Wang simpanan KWSP ibu bapa boleh dikeluarkan untuk pembayaran pinjaman pelajaran peminjam. (anak)

Cara Memohon

Boleh hubungi YPJ di talian 07-2344355.
Boleh melalui emel di bayaranbalik@ypj.gov.my (sila kemaskini alamat dan nombor telefon terkini bagi memudahkan pegawai YPJ hubungi).

Proses

Peminjam perlu mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Borang boleh dimuat turun -> Borang KWSP dan di kaunter YPJ.
Pihak YPJ akan membuat semakan status taraf pengajian sama ada layak atau tidak layak.
Jika peminjam ada dikenakan tindakan guaman atau saman peminjam dikenakan bayaran pendahuluan sebelum surat pengeluaran KWSP diproses.
Sekiranya layak YPJ akan mengeluarkan surat berserta dokumen sokongan.

  • Surat Pengesahan mengikut format KWSP.
  • Penyata baki terkini.
  • Surat Perjanjian Pinjaman (Semua dokumen akan disahkan oleh Pegawai YPJ).

Peminjam perlu membawa bersama dokumen yang telah disediakan oleh YPJ ke pejabat KWSP.
Dokumen lain yang disediakan olej peminjam :

  • Transkrip asal dari institusi pengajian

Pihak KWSP hanya memproses dokumen yang asal dari pihak YPJ sahaja (Dokumen tidak boleh dibuat salinan).

Surat

Pihak YPJ akan mengeluarkan surat pada pihak KWSP berserta penyata baki terkini.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast