Penangguhan Bayaran Balik

Pengenalan

Penangguhan hanya diberikan kepada:-

  1. Peminjam yang masih dalam pengajian di IPTA dengan kursus sepenuh masa (tempoh penangguhan bayaran adalah sehingga tamat pengajian)
  2. Peminjam masih belum mendapat pekerjaan (tempoh penangguhan bayaran hanya diberikan selama 6 bulan)

Cara Permohonan

Peminjam yang masih dalam pengajian hendaklah membuat permohonan secara bertulis beserta surat pengesahan dari Universiti yang mengandungi maklumat berkaitan pengajian peminjam seperti:-

i. Kursus yang diambil
ii. Tempoh Kursus
iii. Tarikh Mula dan Tarikh Tamat

Surat tawaran tidak diterima sebagai surat pengesahan belajar.

Peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan hendaklah membuat permohonan secara bertulis beserta surat pengesahan/pengisytiharan atau surat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan peminjam masih belum bekerja.

Penangguhan bayaran hanya dibenarkan sebanyak DUA (2) kali sahaja.
Berikut adalah contoh surat pengesahan belajar dari universiti yang diluluskan dan akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah bagi penangguhan bayaran pinjaman.

Proses

Tempoh pemprosesan rayuan adalah 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

Surat

Sekiranya permohonan tidak lengkap, surat makluman pemberitahuan akan dihantar kepada peminjam dan penjamin-penjamin.
Jika permohonan rayuan berjaya, surat makluman pemberitahuan juga akan dikeluarkan dengan menyatakan tempoh tamat penangguhan. Manakala makluman jadual pembayaran baru akan menyusul selepas tarikh tamat penangguhan.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast