Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana Bersama Permodalan Darul Ta’zim (PDT)

Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Johor, bermula Tahun 2016 dalam usaha membangunkan modal insan di negeri ini.

Bantuan RM10,000 bagi calon yang layak dan sedang menjalani Program Ijazah Sarjana (Masters) di IPTS Tempatan.

Mulai Tahun 2017 Tabung Pendidikan ini diuruskan bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah SARJANA yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/ campuran secara SEPENUH atau SEPARUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam SAHAJA.
  2. Pemohon MESTILAH menetap di negeri Johor.
  3. KEUTAMAAN adalah kepada pemohon yang LAHIR di negeri Johor.
  4. TIADA HAD umur.
  5. Bagi pemohon yang TIDAK BEKERJA : sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan “e-kasih” maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah berhampiran, sekiranya tidak berdaftar, pendapatan isi rumah keluarga adalah TIDAK MELEBIHI RM4,000.00 sebulan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat : Ahli Parlimen/ADUN kawasan.
  6. Pemohon yang sedang BEKERJA, pendapatan isi rumah pemohon adalah TIDAK MELEBIHI RM 4,000 sebulan.
  7. Tempoh mengikuti pengajian Sarjana MESTILAH BERBAKI LEBIH 2 SEMESTER dari tempoh permohonan.
  8. BELUM PERNAH MENERIMA bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada Yayasan Pelajaran Johor dan/atau agensi Kerajaan Negeri Johor.

DOKUMEN WAJIB

  1. BORANG PERMOHONAN yang LENGKAP diisi dan ditandatangani.
  2. DOKUMEN SOKONGAN pemohon menetap di negeri Johor. (Alamat di Kad Pengenalan akan dirujuk DAN sertakan Salinan Sijil Tamat Persekolahan Rendah dan Menengah)
  3. SURAT TAWARAN kemasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam.
  4. Salinan Transkrip/keputusan peperiksaan semester TERKINI.
  5. Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu bapa dan/atau penjaga.
  6. Salinan PENYATA PENDAPATAN:
    1. Slip Gaji/Penyata Pencen ibu/bapa; ATAU
    2. Slip Gaji pemohon (bagi yang sedang bekerja/dalam tempoh
      perkhidmatan sahaja); DAN
    3. Slip Gaji pasangan (bagi yang telah berkahwin).
  7. Salinan Kad Perakuan Nikah/Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan);
  8. Salinan Sijil-Sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika berkaitan).
    (Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya)

CARA MEMOHON

  1. Pemohon hendaklah MEMUAT-TURUN Borang Permohonan rasmi di laman-laman web berikut:

PERMODALAN DARUL TA’ZIM
(Sektor Perhubungan Strategik & Tugas Khas)
Tingkat 1, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar,
79100 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim
Tel : 07-2909621 (Cik Adawiah)

NOTIS PENAFIAN

  1. Kelulusan dan/atau pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak pengurusan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  2. Pihak Pengurusan berhak untuk membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
  3. Pihak Pengurusan berhak menarik balik tawaran sekiranya didapati pemohon memberi maklumat tidak benar dan palsu.
  4. Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan secara jelas di sini, tidak akan diproses dan/atau dipertimbangkan.

Tukar Size Tulisan
Contrast